Benarkah Pendatang Asing Akan Menguasai Ekonomi Negara? Pengalaman Saya


Benarkah Pendatang Asing Akan Menguasai Ekonomi Negara? Pengalaman Saya.

Pagi ini, saya terlihat satu topik yang menarik daripada ikim.fm yang bertajuk.

TOPIK PAGI | Isu Malaysia Lemas Ditimbun Pekerja Asing: Apa Jadi Kalau Mereka Menguasai Ekonomi Kita?

Persoalannya.

Benarkah Pendatang Asing Akan Menguasai Ekonomi Negara kita?
Baiklah.

Pengalaman Hidup Di Beranang, Selangor.

Saya mula melanjutkan pelajaran di Beranang, Selangor pada awal tahun 2014 ini. Pertama kali tinggal di Selangor.

Memandangkan baru sahaja tinggal di Beranang, Selangor. Maka, pengangkutan awam sahaja lah yang menjadi kenderaan saya.

Apa yang hendak saya ceritakan ialah, sepanjang menggunakan pengangkutan awam ini. Kaum yang paling banyak menaiki bas ialah kaum pendatang asing seperti bangla, nepal, vietnam dan indon.

Kalau nak cerita pasal bau. Baik jangan. Tapi nak cerita betapa ramainya mereka. Satu bas penuh setiap hujung minggu. Kalau pergi ke mana-mana sahaja, pasti akan terjumpa kelibat mereka di tepi jalan dan di pasar malam.

Entah mengapa, saya pula yang terasa asing di bumi sendiri. Anda bayangkanlah saya ini yang merupakan rakyat Malaysia berhimpit ,berdiri bersama pendatang asing sedangkan kesemuanya tempat duduk kebanyakkannya dipenuhi oleh pendatang asing.

Paling tidak, tercalar maruah.

Terdetik dalam hati " Aku ini rakyat Malaysia tapi diperlakukan sebagai seperti pendatang asing. ''

Wajarkah kita yang mempunyai kad pengenalan biru aka rakyat Malaysia diberi layanan pendatang asing?

Pengalaman Menaiki Pengangkutan Awam- Bas | Bangla Menjadi Pembantu Bas.

Ada satu ketika itu, saya menaiki bas ingin ke tesco Semenyih. Lalu ada seorang lelaki yang muka ala-ala pelakon hindustan. Waktu itu, pemandu bas seorang yang berbangsa India.

" Masuk. Masuk. Pergi belakang sana. Masuk lagi..masuk.." kata pembantu bas Bangla itu.

Waktu itu saya rasa macam...

" Aduh..dah macam warga asing pulak kena arah-arah macam ni."

" Ha, masuk lagi. Masuk..."

Masa tu nak jerit je.

" Woi. Masuk apanya. Bas dah macam sardin dah."

Untuk pengetahuan anda, bas waktu ketika itu sudah penuh tapi diambil lagi penumpang. Memang tak lah.

Yang paling ngeri ialah, saya terpaksa berada di bawah ketiak seorang pakcik Bangla yang berbulu di dada. Lama jugaklah. Hanya tuhan saja yang tahu betapa siksanya saya dengan bau lagi. Dengan kepadatan bas macam sardin.

Kenapa kita rakyat Malaysia perlu lalui semua ini?

Kedai Runcit Pendatang Asing Menjadi Tumpuan.

Di tempat saya, ada satu kedai yang dimiliki oleh pendatang asing. Iya, wajah mereka memang wajah pendatang asing. Cuma saya tidak pasti sama ada mereka ini pakistan atau bangla atau nepal. Yang pasti, wajah macam bangla dan berkopiah(yang jaga kaunter lah).

Di tempat saya jugak,lebih spesifik di hadapan kolej saya. Yang ada kedai runcit ialah kaum Cina(Speedmart 99), satu lagi kedai Cina dan kedai bangla ini lah.

Agak-agak macam mana mereka boleh bukak kedai?

Dan tak usah cerita lah pasal pendatang asing lain yang berniaga di sini. Berlambak. Mula-mula memang datang bekerja. Tak lama kemudian, berkahwin. Selepas itu, berniaga. Kemudian ada anak. Maka, anak mereka dapat jadi warganegara Malaysia.

Inilah yang membimbangkan!

Kesimpulan.

Kisah 1 = Bangla menjadi pembantu bas. Mula-mula mungkin pembantu, mana tahu tak lama lagi jadi pemandu pula?

Kisah 2 = Lambakan pendatang asing berniaga. Mula-mula memang bekerja dengan orang. Mana tahu lama-lama bukak bisnes sendiri.

Lantaran itu, benarkah pendatang asing akan menguasai ekonomi kita?

Tak usah dipertikaikan lagi.

Memang benar.

Maka, apakah penyelesainnya?

Perkara ini perlukan difikirkan oleh pihak berkuasa dan kerajaan.

Wallahualam.

Jadi, apakah pendatang anda mengenai pendatang asing ini? Adakah anda mempunyai pengalaman seperti saya? 

Kongsikan pendapat anda di ruangan komen.

Bercakap pasal pendatang asing ni. Saya pernah sembang dgn sorang Encik Bangla ni. Saya tanya " Dari mana ambik baju ni?"
" Oh, ini baju suma dari sana. Kita import mari."
" Import macam mana tu? " tanya saya lagi.
Dia jawap " Ah, itu kita ada orang kasi ambik dari sana bawak mari."
Tertera kat baju tu " Made In Bangladesh" tapi kain t-shirt dia boleh la pakai. Nampak stylo jugak. 2 helai saya beli. Sehelai RM10.
Murah kan? Tapi booth/khemah dia depan tesco dah takda. Ingatkan nak beli lagi.
Org yang bijak cari peluang, dia akan berjaya. kan? 


Amirull Izzat.

Penulis amirullizzat.com

11/12/2014.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

4 comments

comments
11 November 2014 at 17:46 delete

Salam. Tak sangka ade yg berani tulis artikel mcm ni :)

Reply
avatar
12 November 2014 at 00:21 delete

Bagi menjawab persoalan di atas, bagi sya tak boleh salahkan pendatang asing ini sepenuhnya. Sebaliknya salahkan diri kita (rakyat Malaysia). Kebanyakan kita ini memilih kerja. Bayangkan kalau kerajaan tak bagi permit utk pekerja asing ini berkhidmat di negara kita;

1) Siapa yg nak jadi kontraktor bangunan?
2) Siapa yg nak bekerja di warung 24 jam?
3) Siapa yg nak bekerja sbg tukang cuci dan seumpamanya utk bertahun²?

Ade je rakyat Malaysia. Tapi tak ramai. Majoritinya pekerja warga asing.

Jika mereka menguasai ekonomi kita pada masa akan dtg pun mmg padan dgn muka kita. Kita terlalu leka dan asyik mencari kesalahan org lain, tanpa melihat diri sendiri.

Kesimpulannya, kita sepatutnya gembira kerana mereka berjaya meningkatkan taraf hidup mereka. Lebih² lagi kebanyakan mereka yg dari Bangladesh dan Indonesia ini beragama Islam. Apa yg tuan tulis itu adalah pandangan tipikal kita terhadap mereka. Bagaimana pandangan mereka terhadap kita pula?
Sekadar berkongsi pendapat dan hujah. Mohon maaf jika pendapat kita tidak sealiran.

Reply
avatar
13 November 2014 at 18:55 delete



Hmm, mungkin pada sudut yang lain. Apa yang diperkatakan oleh saudara itu benar juga.

Terima kasih atas komen saudara. :)

Reply
avatar
13 November 2014 at 20:09 delete

Tiada masalah. Sya hargai respons, tuan :)

Reply
avatar