Freeletics | Senaman Tanpa Alatan Untuk Kurus & Sihat



Baru-baru ini saya membaca blog Kevin Zahri. Biasa lah kan kalau kita ingin kurus dan sihat, kita perlu baca blog berkaitan dengan kesihatan dan senaman. Ini tidak. Hari-hari bukak laman sesawang KFC, Mc Donald's. Mana nak kurus. Saya ler tu.

Semasa melayari laman sesawang Kevin Zahri.  Saya telah membaca kisah pengasas Freeletics Malaysia yang sangat menarik.


Apa itu Freeletics?

Freeletics merupakan senaman yang menggunakan seluruh tubuh badan dan juga menggunakan berat badan sebagai beban dalam satu sesi senaman. Freeletics berasal dari Jerman pada tahun 2012. Ramai rakyat Jerman telah Berjaya melakukan perubahan bentuk badan dengan menggunakan freeletics. Ia sesuai dilakukan untuk semua golongan muda mahupun tua.

Jadi, tidak kira tua atau muda. Semua boleh melakukan senaman ini.


Pengasas Freeletics Malaysia.



Pengasas Freeletics Malaysia ialah Amirul Agam bin Iryadi. Berumur 22 tahun. . Beliau telah mengurangkan berat sebanyak 33kg selama 6 bulan. Menarik bukan?

Anda boleh mengikuti laman sosial beliau untuk mengikuti aktiviti freeletics ini. 

Instagram : Amirul Agam / Freeletics Malaysia

Anda juga boleh baca kisah kejayaan beliau di sini.

Kelebihan Senaman Freeletics?

Mesti anda tertanya-tanya apakah kelebihan senaman ini? Bagi saya, banyak kelebihannya. Antaranya ialah Freeletics ini tidak memerlukan kita untuk menggunakan banyak alatan. Jadi, ia dapat mengurangkan kos pembelajaan kita. Apa yang anda perlu ialah tubuh badan anda, semangat yang kental dan jangan putus asa.

Berikut adalah tips yang diberikan oleh Amirull Agam, pengasas Freeletics Malaysia.

1. Semangat: Jika anda mempunyai semangat untuk berubah,pasti anda akan berjaya .
2. Motivasi: cari Seberapa banyak motivasi yang boleh buat anda bersemangat dan tidak giveup.macam saya dulu suka tonton video transfomasi badan dari youtube untuk beri motivasi.
3, Disiplin: anda kena ada displin yang tinggi untuk pastikan anda berjaya turunkan, disiplin dari segi pemakanan dan senaman.
4. Target: kene ada target baru boleh berjaya,contoh macam saya target nak turun 10kg dalam masa 6 minggu ,so saya push untuk capai target saya.

Muat turun  Sekarang Di Playstore!!

Apa yang menarik lagi tentang senaman Freeletics ini. Anda boleh sahaja muat turun aplikasi Freeletics ke dalam telefon pintar anda. Lagi senang,lagi mudah untuk anda bersenam.

Apa yang saya suka tentang aplikasi Freeletics ini ialah ia disertakan dengan video yang menunjukkan cara yang betul untuk melakukan senaman itu. 

Playstore : Freeletics.

Akhir kata, selamat bersenam untuk sihat! 

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

7 comments

comments
6 October 2014 at 02:30 delete

Saya pun jarang bersenam tapi kalau bersenam tak ada la sampai nak berotot otot semua. Cukup sekadar nak sihatkan badan.

Reply
avatar
6 October 2014 at 05:41 delete

best ni...baru first time tau....

Reply
avatar
7 October 2014 at 08:22 delete

Wah ini sudah bagus. Boleh intai-intai apps tersebut.

Reply
avatar
7 October 2014 at 10:16 delete

Sekadar untuk sihatkan badan pun dah kira bagus dah. Kalau berotot pun bagus juga, nampak lagi hensem. hihi

Reply
avatar
7 October 2014 at 10:19 delete

Yup, memang best. Tapi saya belum sempat cuba lagi. Hihi.

Terima kasih sudi melayari blog amirullizzat.com.

Reply
avatar
7 October 2014 at 10:27 delete

Ha, dipersilakan tuan. Memang bagus utk diamalkan di rumah.. Disertakan video lagi. :)

Terima kasih sudi melayari amirullizzat.com

Reply
avatar