Tips | Cara Nak Jimat Belanja Di Universiti atau Kolej




Assalamualaikum.

Sebagai seorang pelajar, saya selalu mengalami masalah kewangan. Sebelum sampai ke hujung bulan, pasti saya kekeringan duit. Akhirnya, mak ayah juga yang menjadi tempat meminta. Pasti kita sebagai pelajar ini akan menjadi beban untuk mereka. Korang pun sama kan? 

Jadi, cara apakah yang saya buat untuk jimat belanja di kolej? Cara ini merupakan saya saya tersendiri. Ikut suka koranglah jika hendak mengamalkan atau tidak. Lain orang lain isi poketnya. 




Cara Nak Jimat Belanja Di Universiti / Kolej.


1. Beli Bihun 


Mengapa bihun? Sebab bihun tersangatlah murah. Cuba korang pergi ke tesco, korang cari pek bihun yang besar yang berharga RM5.99. Banyak tu. Saya rasa bihun lebih bagus daripada mee segera kerana mee segera tidak elok untuk kesihatan. Bihun pula diperbuat daripada beras.

Apa yang saya buat dengan bihun? Saya beli pek bihun, kemudian saya beli perencah kiub tom yam jenama Knor yang berharga RM2.50 ( 6 kiub). 

Setiap kali makan, gunakan setengah kiub. Jadi, anda mampu buat 12 hidangan bihun hanya menggunakan 6 kiub. 12 kali makan hanya dengan modal tak sampai RM 7. Lagipun, pek bihun yang besar tu boleh tahan sebulan kot. Haha.

2. Tulis perbelanjaan korang sebelum membeli. 

- Ketika sem 1, saya banyak menghabiskan duit hanya untuk makan sahaja. Kali ini tidak. Saya cuba untuk berjimat cermat walaupun kadang kala gagal. Maka, saya berbuat keputusan untuk buat perkiraan belanja harian/bulanan sebelum korang membeli. 

Ibarat rancang dulu sebelum buat kerana kalau kita gagal merancang maka habislah duit.Cewah!

Contoh kiraan saya.
Telur 30 biji, makan 5 biji sehari - RM12.
Ayam + Sayur : RM100.
Air minuman = RM45 (60 botol, 2 botol sehari) .
MInyak rambut : RM5.20.
Sabun mandi = RM6.
Minyak safi = RM4
Elaun RM300.
Tolak RM182.
Jimat RM118..


3. Jangan membosankan diri korang. 


Yang ni kawan saya yang cadangkan. Dia kata, kalau kita bosan maka kita akan rasa lapar. Apabila kita rasa lapar maka kita nak makan. Keluar duit lagi. Memang benar kalau kawan saya sebabnya setiap kali bosan, saya akan keluar makan.

Selepas beli makanan, layan drama korea. Mahu tak gemuk. Haha.

4. Bersedekah


Saya akui bersedekah ini mampu menjadi rezeki kita berkat. Berapa ramai mahasiswa atau mahasiswi memperuntukkan duit belanja mereka untuk bersedekah? Maklumlah apabila kita dapat duit, kadang-kadang kita lupa dalam duit kita itu ada rezeki orang lain. InsyaAllah, saya juga akan didik diri saya istiqamah bersedekah.

5. Bersyukur. 

Tidak lain tidak bukan, kita kena kembali kepada Allah swt. Nak bersyukur macam mana? Bersyukur dengan solat dan ibadah. Sebab itu kalau kita tinggal solat, rezeki kita tak berkat. Itu yang kita asyik kekurangan wang setiap bulan. Betul tak?

Pergi sana sini, tetiba duit dah habis.

Setakat itu sahaja daripada saya.

Sekiranya korang ada cadangan lain. Boleh tulis di ruangan komen.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

13 comments

comments
6 October 2014 at 21:31 delete

Bagus la tips ni. Terima kasih banyak banyak. Boleh la saya praktikan sebab saya pun mahasiswa.

Reply
avatar
6 October 2014 at 22:22 delete

Bagus cadangan macam ni. Saya ada juga tips nak kongsi. Dulu masa saya dok universiti, rumah menyewa di luar. Jadi hidup kena bercampur masyarakat sekeliling. Ada gotong royong, kenduri, majlis2 kat surau, ikut la program tu semua.. dan semua tu sebenarnya banyak beri manafaat kepada kita. Majlis2 tu dah tentu ada makan. Dah jimat kat situ.. Kalau kita peramah, insyallah ada jiran-jiran perihatin akan hantar makanan setiap hari. Itu berdasarkan pengalaman sendiri la..

Reply
avatar
7 October 2014 at 02:13 delete

NIce tips. beras + kentang/carrot + kiub ikan bilis atau garam. masak skali wat bubur. sedap jugak dan jimat.huhu

Reply
avatar
7 October 2014 at 08:23 delete

Tidak menafikan semasa dikolej dahulu selalu ikat perut. Duit biasiswa cukup-cukup melainkan buat kerja sampingan untuk duit poket.

Reply
avatar
Anonymous
7 October 2014 at 08:51 delete

Tips yang menarik...
Paling bagus part sedekah..

Reply
avatar
7 October 2014 at 10:16 delete

Wah! Saudara juga seorang mahasiswa? Semoga berjaya dalam peperiksaan! :)

Reply
avatar
7 October 2014 at 10:18 delete

Wah! Pengalaman yang sangat berguna. Boleh diamalkan oleh mahasiswa/siswi kita diluar sana. Selain itu, kalau selalu ke surau. Dapat makan percuma. Hehe.

Terima kasih sudi melayari blog saya.

Reply
avatar
7 October 2014 at 10:42 delete

Kalau ada periuk dapur di kolej,saya dah buat dah. Tapi warden tak kasiii..huhu.

Reply
avatar
7 October 2014 at 10:44 delete

Kalau ada periuk dapur di kolej,saya dah buat dah. Tapi warden tak kasiii..huhu.

Reply
avatar
7 October 2014 at 10:48 delete

Saya pun sedang berkira-kira untuk cari kerja sambilan memandangkan kos sara hidup seorang pelajar pun agak tinggi juga.

Reply
avatar
7 October 2014 at 10:49 delete

Benar. Sedekah itu yg menyucikan wang kita. :)

Reply
avatar
7 October 2014 at 18:51 delete

Duk kat rumah pun boleh praktik nie ^_^

Reply
avatar
Anonymous
13 June 2015 at 11:40 delete

help me pls !!! i'm a private college student bersponsor. my allowance is rm400/month tapi tak pernah rasa cukup. almost everyday makan @ cafe. college ada sediakan makan-breakfast, lunch & dinner- tapi tak pernah kenyang. wifi free but only during non-academic hours. so i guna mobile data. And. every event yg i join mesti kena guna duit sebab makan/transport semua sendiri. Any tips specifically for me bcs i'm so desperate right now. (nak kerja tapi my college is far away from any town-Lembah Beringin- and it's a boarding college).

Thanks.

Reply
avatar