Amirull Izzat | Kenali Saya






Saya mula mengenali platform blog pada tahun 2008. Lantas, saya terus berdaftar dengan blogspot untuk buat blog sendiri. Tapi waktu ketika itu, saya tidaklah begitu aktif. Kemudian, pada tahun 2009 barulah saya mula aktif menulis di blog. Namun begitu, pada hujung tahun 2011. Saya terpaksa berhenti blogging atas sebab-sebab tertentu.

Saya cuba hadir untuk buat blog baru namun semangat yang pernah sebati dengan jiwa saya satu ketika dahulu itu hilang. Akhirnya, blog kedua saya gagal. Saya yang rasa saya gagal.

Tetapi, pada kali ini saya cuba bangkit dengan blog baru. InsyaAllah.


Siapa Amirull Izzat?

Saya merupakan anak sulung daripada lima beradik. Anak lelaki tunggal. Adik-beradik yang lain kesemuanya perempuan. Berasal daripada Kelantan. Seorang yang nampak pendiam, pemalu tapi ada masanya meletus juga sifat amarah. Dulu impian nak kurus, sampai sekarang tak kurus-kurus lagi.

Merupakan pelajar kejuruteraan di sebulah kolej di bawah MARA. Mengambil jurusan Microelectronics. Minat bidang kulinari tetapi terjebak dengan kejuruteraan. Mungkin kerana keliru identiti. :)

Mengapa wujudnya blog www.amirullizzat.com?

AMIRULLIZZAT.COM ini ditubuhkan pada 3 OKTOBER 2014.

InsyaAllah. Diharap dengan wujudnya www.amirullizzat.com ini, saya mampu untuk berkongsi kembali apa sahaja informasi ataupun pengalaman yang berguna buat tatapan pembaca. Lebih tepat lagi, saya sebenarnya rindu untuk jadi blogger. Rindu untuk menaip. Rindu untuk mengisi kehidupan ini dengan sesuatu yang indah.

Akhir kata, blog yang kita bina ini juga saham akhirat kita. Semoga blog ww.amirullizzat.com ini terus menerus berkongsi ilmu yang bermanfaat buat pembaca.

Artikel oleh : Amirull Izzat.
Pemilik www.amirullizzat.com

Laman Sosial Saya.

Amirull Izzat Google+

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »