Cara Menjadi Matang?





Apabila berbicara soal matang. Banyak definisi yang mentakrif atau menerangkan maksud matang.

Namun,saya mengambil salah satunya yang menyatakan bahawa matang ini adalah apabila seseorang itu mampu mengaitkan kehidupannya dengan dengan akhirat.

Persoalan saya.

Adakah remaja pada masa kini semakin matang berdasarkan takrifan matang di atas?

Dalam soal remaja.

Adakah makna matang pada masa kini ialah apabila seorang remaja itu belajar bersungguh-sungguh lantas mendapat 10A dan mendapat pekerjaan yang sempurna?

Adakah remaja yang matang itu seorang yang mampu berdikari dimana-mana sahaja serta mempunyai tingkahlaku yang sopan?

Saya masih ingat ayat seorang cikgu saya dahulu apabila kami bising atau dalam loghat Kelantan cakap "BBUAK!" di dalam kelas.


" Awak semua ni, umur sudah 16 tahun tetapi masih tidak matang........" sambil menggelengkan kepala ke kiri dan kanan. Selepas itu,ke kanan dan ke kiri. Naik pusing kami melihatnya.


Sejujurnya saya tidak tahu bagaimana untuk menjadi seorang yang matang sehingga saya rasakan kehidupan saya tidak sama dengan remaja lain.

Sejak dari itu saya cuba untuk menjadi seorang yang matang.

Apabila berada di dalam kelas,saya cuba untuk tidak berkelakuan menganggu suasana yakni berbuat bising.

Apabila berbicara,saya lebih suka bercakap benda yang perlu.

Apabila berjumpa dengan kawan-kawan ayah, saya hanya mendiamkan diri dan selalunya ayah lah yang menjawap soalan-soalan tentang diri saya.

" Anak ni sekolah kat mana??"

" Hurm.........." saya hanya mampu berdiam diri mungkin kerana pemalu. :)

Apabila berbicara dengan rakan-rakan yang sebaya,saya rasakan saya ini tidak matang kerana mereka tampak matang pada dasarnya.

Apabila pergi kemana-mana sahaja, saya cuba untuk menjadi seorang yang matang.

Namun, adakah ia melambangkan bahawa saya ini sudah matang?

Dan, adakah kita semua ini sudah matang?

Justeru itu,marilah kita merenung kembali takrifan matang seorang saudara yang amat saya kagumi bernama Hilal Asyaf.

Matang ini adalah apabila seseorang itu mampu mengaitkan kehidupannya dengan dengan akhirat.

Wahai sahabatku sekalian,

Adakah kita ini sudah tahu matlamat dan arah tuju kita dalam kehidupan ini? Dalam buku Langit Ilahi " Tuhan tidak lupakan kita" karya Hilal Asyraf menyatakan bahawa kehidupan ini adalah satu anugerah Allah swt kepada kita.

Ya! Hidup ini adalah anugerah! Tetapi berapa ramaikan di kalangan kita yang menganggap hidup ini satu anugerah?

JOM JADI REMAJA YANG HEBAT!

Hari ini remaja kita semakin hilang arah. Hidup penuh dengan hiburan. Tiada matlamat. Seoalah-olah hidup ini hanya untuk bersuka ria. Jumpa perempuan, ajak berpasangan. Khawinnya tidak.

Jumpa lelaki, mula lah menggatal.

Aurat terdedah sana sini.

Hiburan menjadi agenda utama.

Maruah agama tidak dipedulikan.

Hal ini menunjukkan mereka tidak kisah tentang perkara sekeliling. Remaja hari ini berada dalam dunia mereka yang lagha.

Ingatlah wahai sahabatku yang dikasihi Allah swt sekalian.

Setiap yang bernafas itu pasti akan mati. Maka, mahukah kita mati dalam keadaan yang hina dan tidak bermakna?

Oleh itu, mari kita tetapkan matlamat dan perjuangan. Mari kita menjadi remaja yang hebat! Mari kita menjadi hamba Allah yang sentiasa berada di jalannya. Mari kita bangkit menentang segala kemungkaran!

Mari kita ubah gaya hidup kita.

Mari kita ubah cara berpakaian kita.

Mari kita ubah cara pergaulan kita.

Mari kita ubah cara pemikiran kita.

Mari kita ubah hati kita.

Kerana yang membentuk diri kita ialah HATI. Jika hati itu hitam,maka rosaklah kita dan ubatilah dia dengan Al-Quran.

Mungkin hari ini kita remaja biasa tetapi pada masa hadapan. Kitalah yang akan memerintah negara! Kita yang akan menerajui kepimpinan negara! Kita adalah khalifah yang diamanahkan oleh Allah swt! Maka,kita harus bangkit dengan Islam.

Marilah kita mencontohi pemuda seperti Saidina Ali! Seperti Saidina Umar-Al Khatab! Seperti Saidina Uthman Bin Affan! Seperti Saidina Hamzah,singa Allah! 

Mari kita bangkitkan empayar Islam!

Mari kita letakkan Islam di hati kita. Mari kita semaikan semangat seperti para sahabat Nabi saw yang tidak pernah gentar memerangi musuh Allah seperti dalam peperangan Badar!

Marilah bersama -sama dalam perjuangan ini.
Kerana apa?

Kerana redha Allah swt yang kita cari.

" Hidup ini satu ibadah.."

Tetapi, bagaimanakah cara untuk kita kecapi perkara ini?

Hanya satu sahaja caranya iaitu MENUNTUT ILMU!

Marilah sama-sama kita mendalami ilmu supaya kita menjadi remaja yang berguna kerana untuk dapatkan dunia,kita perlukan ilmu dan untuk dapat akhirat juga,kita perlukan ilmu.

Wallahualam.

Selingan: Jom baca artikel langit ilahi mengenai Remaja Harapan.

Cara Mohon Kemasukan Ke IKM, KKTM, KPTM ,KPM dan UniKL

Cara Memohon Kemasukan ke KPM, IKM, KKTM, KPTM dan UniKL. 


Permohonan IPMa sesi Julai 2015 telah dibuka.

Tarikh permohonan bermula 3 Mac 2015 sehingga 16 April 2015.

Sila layari http://apponline.mara.gov.my/upimonline untuk maklumat lanjut. 

Untuk terus memohon. Sila layari http://apponline.mara.gov.my/spupim/ dan anda perlu mendaftar sebagai pengguna baru. 

Syarat Kelayakan ke IKM, KKTM, KPTM, KPM dan UniKL

Untuk mengetahui syarakat kelayakan kemasukan, anda perlu melayari http://apponline.mara.gov.my/upimonline/syarat_kemasukan.aspx

Maklumat Program

Segala maklumat program di IKM, KKTM, KPTM, KPM dan UniKL, anda boleh terus melayari laman http://apponline.mara.gov.my/upimonline/MaklumatProgram.aspx

Tambahan lagi, jika anda berminat untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan elektronik maka anda perlu melayari laman sesawang http://www.mjii.edu.my/.

Sekiranya anda mempunyai persoalan, boleh hubungi setiap institusi tersebut dengan nombor berikut;

KPM : 03-261 34087, 03-261 34075/ 34076/ 34077
UniKL : 03-2175 4031 / 03-2175 4033 / 4027
GMI : 03-8921 9047 / 9288 
KKTM : 03-261 34605/ 34612 
KPTM : 03-9281 0762 / 9285 6033

Sekian, terima kasih.

Tips | Cara Mendapatkan Empat Builder Clash Of Clan Seawal Town 6


Pada kali ini, saya akan kongsi kepada anda tips atau panduan bagaimana untuk mendapat empat builder clash of clan walaupun anda  baru sahaja berada pada town 6.

Walaupun base saya baru berada pada level 41 dan baru masuk town 6. Tapi saya sudah mempunyai empat orang builder.



Apa yang saya lakukan ialah. 

1. Jangan sesekali gunakan germ.

- Setiap germ adalah bernilai. Jadi, jangan sesekali guna germ di peringkat awal bermain clash of clan.

2. Sempurnakan segala misi.


- Apabila anda sempurnakan misi yang dikehendaki, maka anda akan dihadiahkan beberapa germ. Kalau tidak silap saya, sekiranya anda mendapat trofi sehingga 1250. Anda akan dihadiahkan dengan 450 germ. Jadi, pada masa ini anda boleh membeli builder yang ketiga yang berharga 500 germ.

3. Buang segala semak samun yang berada di sekeliling base anda.

- Kalau anda perasan, setiap kali kita buang pokok, batu dan segala semak samun di sekiling base kita maka kita akan dihadiahkan beberapa germ. Jadi, simpan germ ini untuk mendapatkan builder yang ke-empat.

Builder yang ke-empat memerlukan 1000 sahaja germ. Jadi, sentiasa sabar untuk tidak menggunakan germ yang anda miliki. Kaedah ini tidak memerlukan anda membazir wang ringgit.

Kawan saya yang baru sahaja berada pada town 6 telah mempunyai 5 orang builder tapi beliau memilikinya dengan membeli germ dengan harga RM60+.

Bukankah ia satu kerugian sedangkan kita boleh mendapatkannya dengan percuma. Ynag penting , sabar.

Baiklah. Sekiranya anda tidak faham, jangan segan silu untuk bertanya di ruangan komen dan emailkan kepada amirizzat.ai [at]gmail [dot] com. :)

Tips Menyerang Musuh Untuk Mengumpul Simpanan Emas/ Elixir #1 Clash Of Clan

Pada kali ini saya ingin berkongsi panduan ataupun cara untuk menyerang musuh sambil mengumpul simpanan emas atau elixir clash of clan. 

Teknik ataupun cara ini digunakan supaya kita dapat menjimatkan kos untuk membuatkan tentera Clash Of Clan kita tetapi dalam masa yang sama kita dapat mengumpul simpanan (loot) emas atau elixir yang banyak. 

Atau lebih tepat lagi tips untuk jimatkan elixir tetapi dalam masa yang sama kita kumpul simpanan emas atau elexir yang  banyak.



Tips Menyerang Musuh Untuk Mengumpul Simpanan Emas/ Elixir #1 Clash Of Clan

1. Guna archer dan barbarian sekiranya anda ingin mengumpul elixir yang banyak kerana kos untuk membuat archer dan barbarian sangat murah. Tak perlu guna giant.

Dengan kaedah ini, saya telah mengumpu 1 juta elixir dalam masa sehari . Tetapi bergantung juga kepada kekerapan anda meluangkan masa untuk bermain Clash of Clan.

Semakin banyak anda menyerang musuh dengan archer dan barbarian semakin banyak simpanan emas dan elixir anda. 

Sebelum ini saya menggunakan giant, healer tetapi susah hendak kumpul emas atau elixir kerana kos pembuatan giant dan healer sangatlah mahal. Tidak berbaloi dengan pulangan yang kita dapat apabila menyerang musuh. 

2. Ketika hendak menyerang musuh, letak barbarian dulu pada pertahanan musuh atau pada gold mine dan elexir collector. Kemudian, letak pula archer pulak di belakang  sebagai" backup" kepada barbarian tadi.

Cara atau kaedah ini lebih cepat untuk hancurkan pertahanan musuh / gold mine dan elixir collector kerana pertahanan musuh akan menyerang tentera Clash of Clan kita yang terdekat (barbarian).

Apabila barbarian telah mati, tambah lagi barbarian. Serang satu per satu. Jangan gopoh letak semua.

Tips ini diajar oleh kawan sy memerangkap co leader clan saya. Haha.

Dengan mengamalkan kaedah ini, saya mampu mengumpulkan emas/elixir clash of clan dalam masa yang singkat sahaja.

Main COC dah macam perang betul-betul dah,kan?

Setakat ini sahaja daripad saya yang tidak bertauliah.

Sekiranya anda mempunyai kaedah yang lebih baik. Jangan segan silu kongsikan di ruangan komen.

InsyaAllah selepas ini saya akan kongsikan panduan | tips clash of clan yang lagi menarik dan berguna untuk anda.

Jangan lupa untuk baca PANDUAN | TIPS MENGUMPUL LOOT EMAS/ELIXIR CLASH OF CLAN

Panduan | Tips Mengumpul Loot Emas/Elixir Clash Of Clan

Betul la kata org " Pagi-pagi ni banyak rezeki..".

Kira rezeki jugak la ni. Haha.

Pagi ini saya nak kongsi cara dapat loot / emas / elixir dalam clash of clan yang banyak.



Tentu korang terfikir, macam mana nak dapat emas/ elixir yang banyak dalam Clash of Clan. 

Panduan | Cara | Tips Mengumpul Emas / Elixir Clash Of Clan

Untuk dapat emas/elixir yg banyak, anda mesti mempunyai simpanan emas yang banyak jugak kerana jumlah simpanan emas/elixir kita mempengaruhi siapakah musuh kita.

Sebelum ini, saya telah menghabiskan simpanan emas/elixir sehingga tinggal 10k sahaja. Selepas itu, amatlah susah untuk bertemu musuh yg punya emas/elixir yg banyak.

Akhirnya, saya kumpul sedikit demi sedikit sampai 100 ratus ribu. Akhirnya, senang sahaja terjumpa musuh yg punya loot yg banyak. Tadi jumpa 400k.. Dapat "rompak" 200k je.

2 kali berturut2 tuu...

Murah rezeki pagi ni,kan? 

Apa yang saya kongsikan ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri.

Walaupun begitu, kadang-kadang jika bernasib baik, boleh je jumpa loot musuh yang banyak walaupun loot kita sikit. Tapi sekiranya loot kita memang banyak dalam 100 ratus ribu atau 200 ratus ribu. Memang senang nak jumpa loot / emas / elixir musuh yang banyak.

Saya pernah jumpa simpanan musuh yang mempunyai 400 ratus ribu emas walaupun akaun kedua saya itu baru town level 3 yang mempunyai simpanan emas dalam 80k gitu. Namun seperti yang saya katakan, semakin banyak loot yang kita ada semakin senang nak jumpa loot musuh yang mempunyai emas / elixir yang banyak.

Setakat itu sahaja daripada saya.

Selamat bermain Clash of Clan. 

Nanti saya akan kongsikan tips menyerang musuh clash of clan. :)

Benarkah Pendatang Asing Akan Menguasai Ekonomi Negara? Pengalaman Saya


Benarkah Pendatang Asing Akan Menguasai Ekonomi Negara? Pengalaman Saya.

Pagi ini, saya terlihat satu topik yang menarik daripada ikim.fm yang bertajuk.

TOPIK PAGI | Isu Malaysia Lemas Ditimbun Pekerja Asing: Apa Jadi Kalau Mereka Menguasai Ekonomi Kita?

Persoalannya.

Benarkah Pendatang Asing Akan Menguasai Ekonomi Negara kita?
Baiklah.

Pengalaman Hidup Di Beranang, Selangor.

Saya mula melanjutkan pelajaran di Beranang, Selangor pada awal tahun 2014 ini. Pertama kali tinggal di Selangor.

Memandangkan baru sahaja tinggal di Beranang, Selangor. Maka, pengangkutan awam sahaja lah yang menjadi kenderaan saya.

Apa yang hendak saya ceritakan ialah, sepanjang menggunakan pengangkutan awam ini. Kaum yang paling banyak menaiki bas ialah kaum pendatang asing seperti bangla, nepal, vietnam dan indon.

Kalau nak cerita pasal bau. Baik jangan. Tapi nak cerita betapa ramainya mereka. Satu bas penuh setiap hujung minggu. Kalau pergi ke mana-mana sahaja, pasti akan terjumpa kelibat mereka di tepi jalan dan di pasar malam.

Entah mengapa, saya pula yang terasa asing di bumi sendiri. Anda bayangkanlah saya ini yang merupakan rakyat Malaysia berhimpit ,berdiri bersama pendatang asing sedangkan kesemuanya tempat duduk kebanyakkannya dipenuhi oleh pendatang asing.

Paling tidak, tercalar maruah.

Terdetik dalam hati " Aku ini rakyat Malaysia tapi diperlakukan sebagai seperti pendatang asing. ''

Wajarkah kita yang mempunyai kad pengenalan biru aka rakyat Malaysia diberi layanan pendatang asing?

Pengalaman Menaiki Pengangkutan Awam- Bas | Bangla Menjadi Pembantu Bas.

Ada satu ketika itu, saya menaiki bas ingin ke tesco Semenyih. Lalu ada seorang lelaki yang muka ala-ala pelakon hindustan. Waktu itu, pemandu bas seorang yang berbangsa India.

" Masuk. Masuk. Pergi belakang sana. Masuk lagi..masuk.." kata pembantu bas Bangla itu.

Waktu itu saya rasa macam...

" Aduh..dah macam warga asing pulak kena arah-arah macam ni."

" Ha, masuk lagi. Masuk..."

Masa tu nak jerit je.

" Woi. Masuk apanya. Bas dah macam sardin dah."

Untuk pengetahuan anda, bas waktu ketika itu sudah penuh tapi diambil lagi penumpang. Memang tak lah.

Yang paling ngeri ialah, saya terpaksa berada di bawah ketiak seorang pakcik Bangla yang berbulu di dada. Lama jugaklah. Hanya tuhan saja yang tahu betapa siksanya saya dengan bau lagi. Dengan kepadatan bas macam sardin.

Kenapa kita rakyat Malaysia perlu lalui semua ini?

Kedai Runcit Pendatang Asing Menjadi Tumpuan.

Di tempat saya, ada satu kedai yang dimiliki oleh pendatang asing. Iya, wajah mereka memang wajah pendatang asing. Cuma saya tidak pasti sama ada mereka ini pakistan atau bangla atau nepal. Yang pasti, wajah macam bangla dan berkopiah(yang jaga kaunter lah).

Di tempat saya jugak,lebih spesifik di hadapan kolej saya. Yang ada kedai runcit ialah kaum Cina(Speedmart 99), satu lagi kedai Cina dan kedai bangla ini lah.

Agak-agak macam mana mereka boleh bukak kedai?

Dan tak usah cerita lah pasal pendatang asing lain yang berniaga di sini. Berlambak. Mula-mula memang datang bekerja. Tak lama kemudian, berkahwin. Selepas itu, berniaga. Kemudian ada anak. Maka, anak mereka dapat jadi warganegara Malaysia.

Inilah yang membimbangkan!

Kesimpulan.

Kisah 1 = Bangla menjadi pembantu bas. Mula-mula mungkin pembantu, mana tahu tak lama lagi jadi pemandu pula?

Kisah 2 = Lambakan pendatang asing berniaga. Mula-mula memang bekerja dengan orang. Mana tahu lama-lama bukak bisnes sendiri.

Lantaran itu, benarkah pendatang asing akan menguasai ekonomi kita?

Tak usah dipertikaikan lagi.

Memang benar.

Maka, apakah penyelesainnya?

Perkara ini perlukan difikirkan oleh pihak berkuasa dan kerajaan.

Wallahualam.

Jadi, apakah pendatang anda mengenai pendatang asing ini? Adakah anda mempunyai pengalaman seperti saya? 

Kongsikan pendapat anda di ruangan komen.

Bercakap pasal pendatang asing ni. Saya pernah sembang dgn sorang Encik Bangla ni. Saya tanya " Dari mana ambik baju ni?"
" Oh, ini baju suma dari sana. Kita import mari."
" Import macam mana tu? " tanya saya lagi.
Dia jawap " Ah, itu kita ada orang kasi ambik dari sana bawak mari."
Tertera kat baju tu " Made In Bangladesh" tapi kain t-shirt dia boleh la pakai. Nampak stylo jugak. 2 helai saya beli. Sehelai RM10.
Murah kan? Tapi booth/khemah dia depan tesco dah takda. Ingatkan nak beli lagi.
Org yang bijak cari peluang, dia akan berjaya. kan? 


Amirull Izzat.

Penulis amirullizzat.com

11/12/2014.

Teringin Nak Jadi Food Blogger | Sedapnya Burger RM2.50


Saya sejak dulu lagi bercita-cita ingin menjadi seorang blogger makanan atau bahasa omputehnya, food blogger. Sebab apa saya nak jadi food blogger?

Sebab saya suka makan. Haha.

Takda lah. Sebab saya juga bercita-cita ingin menjadi seorang chef masakan. Namun, apakan daya saya tidak mendapat peluang tersebut. Akhirnya, bidang Kejuruteraan juga menjadi pilihan. 

Tapi takpa.

Kali ini saya nak cuba menjadi 'food blooger' lah. 

Alkisahnya bermula-mula kisahnya malam tadi. Setiap malam ni asyik lapar je. Tambahan pulak, mengidam burger. Pergh! Kalau pekena burger malam-malam ni memang sedap. 

Burger Daging RM2.50 je!



Punya lah tak sangka pada zaman sekarang ada lagi burger yang berharga RM2.50. Kebanyakkan kedai Burger, harganya lebih kurang RM3 ke atas. Tapi ini, RM2.50 je. Murah der...


Jom layan isi dalamnya. Tudia, daging burger pun besar. Memang puas hati.

Benjo pula RM2.00 jer!

Saya rasa, ini kot benjo tersedap yang pernah saya makan. Sebelum ni pernah juga makan benjo tapi rasanya tak sesedap benjo ini.

Sebab apa sedap? Sebab telur yang dibuat itu lain. Telur benjo ini dicampur atau dimasak sekali bersama mix veggies.  Lain daripada lain ni. Ini benjo sangat 'rare'!


Ulasan Burger Daging RM2.50 dan Benjo RM2.00

Harga: Memang berbaloi. Tak perlu dinafikan.

Rasa : Rasanya sangat sedap sebab sos dia memang lain daripada yang lain. Selalunya gerai burger, dia letak sos cili dan mayonis. Ini tidak. Ini sos yang teristimewa! Tak silap saya, sos buat sendiri.

Selain itu, kalau burger tempat lain. Selalunya letak kubis. Tetapi burger daging dan benjo ini diletak timun jeruk dan salad.

Daging burger + sos istimewa + salad + timun jeruk = Mengancam!!!

Rating : Harga murah + rasa sedap = 4 bintang! 

Kesimpulan.

Sekiranya korang nak rasa burger ini. Korang datanglah ke Semenyih atau Tesco Rinching. Gerai Burger ini berhadapan dengan Restoren Ikan Bakar di kawasan Tesco Rinching/Semenyih. Senang je nak cari. Gerai ini sahaja yang jual burger bakar.

Kalau nak balik ke Seremban melalui jalan Kajang-Seremban, boleh la singgah di gerai buger ini di malam hari.

Saya sebenarnya nak ambik gambar gerai burger tu tapi tak berani lagi. Ya! Untuk jadi 'food blogger', kita kena berani berhadapan dengan manusia tapi saya masih malu. Hihi.

Sekian saja daripada saya.

Pastikan anda membeli burger yang sedap sahaja! Yeha!

Psst... Macam mana? Boleh jadi food blogger tak? Haha. 

Kenapa Layan Drama Korea?


Assalamualaikum wbt.

Sebelum itu, izinkan saya membahasakan diri sebagai "aku" supaya lebih dekat di hati korang. Haha.

Nak dijadikan cerita. Waktu sekolah dahulu, kawan perempuan aku kebanyakkannya minat band daripada korea a.k.a KPOP.

Waktu tu aku tak faham kenapa dan sebab apa mereka minat. Sebutlah Super Junior dan sebagainyalah. Semua benda mereka tahu.

Ada gak yang fanatik. Semua benda pasal KPOP dia beli. Daripada dvd, baju, keychain dan sebagainya. Gila tak gila peminat KPOP ni?

Sampaikan kalau ada orang "kutuk" artis KPOP mereka, mereka boleh lancarkan perang woo. Tak tercapai akalku. 


Minat Drama Korea Je

Secara jujurnya, aku tak minat kumpulan penyanyi KPOP ni. Tetapi aku minat jugak beberapa penyanyi seperti UI, Kim Jong Kok.

Banyak dah drama korea yang aku tengok. Antaranya ialah Coffe Prince, You'r My Princess, I Hear Your Voice, My Sassy Girl dan banyak lagi.

Macam mana aku boleh layan drama korea? Semua bermula daripada Running Man.

Running Man Yg Lawak.



Semua orang tahu yang Running Man ni satu rancangan realiti show yang lawak dan mencuit hati. Kan Running Man ni suka jemput pelakon dalam rancangan dia.

Sebab itu lah aku mula mencari drama korea sebab awek korea (pelakon) ni kiut miut. Haha.

Kenapa Layan Drama Korea?

1. Jalan Cerita Yg Menarik.


Drama korea ni dia tak macam drama Melayu. Korang pernah tengok drama I Hear Your Voice dan You Who Came From Star? Tengok jalan cerita dia? Best kan?

Jauh sangat berbeza daripada drama Malayu yang siang malam pasal cinta, anak orang kaya, pasal datuk datin, rasuah, gaduh, dengki, bunuh santau.

Tak bosan ke? Naik jemuh dah aku. Haha.

2. Pelakon Yg Kiut


Perkara ni memang tak dinafikan lah. Tak kisah lah plastik ke tidak tapi mimik muka diorang tu ada.

Baru-baru ni aku minat Lee Bo Young, yg dalam gambar. Entah kenapa. Haha.

3.  Mengimbau Suasana Persekolahan.


Drama diorang ni memang ceria selalu. Kadang-kadang lawak. Yang paling penting, kebanyakkan drama Korea ni suasana dia di sekolah.

Aku suka sebab sekolah kat Malaysia tak macam sana. Jadi, kita boleh tahu kehidupan pelajar di sana walaupun dalam drama. Malaysia ada ke drama macam ni?

Biasa la. Dalam drama semuanya indah. Ahaks.

Drama My Sassy Girl juga sangat menarik!! Si awek bantu si jejaka untuk belajar. Lepas tu, diorang khawen masa sekolah. Memang tak rugi layan.

4. Bahasa Korea Yg Kiut Miut



Aku rasa bahasa Korea ni satu bahasa yang unik, menarik dan ada gaya tersendiri. Cara diorang bercakap tu yang buat aku tertarik dan layan drama korea disamping jalan cerita yang best. Aku rasa korang pun rasa apa yang aku rasa.

Selepas tengok drama korea, aku rasa nak belajar bahasa Korea pulak. Tapi sekarang ni, aku dah belajar Bahasa Jepun. Nanti bercelaru la pulak.

Tak pasal-pasal campur aduk korea dan jepun.

" Anyong haseyo. Watashi wa Amirul desu. Kamsahanida.."

 Haha.

Aku rasa tu kot. Aku suka jalan cerita drama korea yang tak bosan, menarik dan menguji minda. Ada satu drama tu.

Ha! Doctor Stranger. Aku cadangkan korang tengok drama ni. Memang best layan. Selain itu, bahasa diorang, pelakon dorang dan makanan diorang yang buat aku nak layan drama korea. Haha.

Tapi, aku bukanlah fanatik KPOP. Cuma sekadar peminat drama sepertimana aku minat drama Jepun dan movie English.

Dah habis dah.

Kamsahanida! Arigato gozaimasu!! :)

p/s: Korang pulak? Kenapa minat Drama Korea??

Peluang Belajar Bidang Engineering Secara Percuma!!






Assalamualaikum wbt.

Korang baru habis SPM? Tak dapat tawaran ke universiti? Atau dah berusia tapi nak sambung belajar lagi? Atau memang minat nak jadi engineer? Berita baik untuk korang!

Permohonan Dibuka!


Mara-Japan Industrial Institute telah membuka permohonan kemasukan untuk sesi Januari 2015. 

Jangan lepaskan peluang yang tersedia kali ini.

Peluang untuk korang masuk memang tinggi tapi ingat! Tempat adalah terhad.

Kelebihan Belajar di MJII

Kelebihan dia memang banyak. Berdasarkan apa yang saya tahu. Antaranya ialah ;

1. Yuran Pengajian Percuma.
2. Diberi elaun RM300 sebulan.
3. Peluang melanjutkan pelajaran di Jepun.
4. Belajar Bahasa Jepun.

Cara belajar kat sini memang senang. Fokus pada peperiksaan,buat assignment, hadir ke kelas. InsyaAllah dapat pointer yang tinggi.

Yang paling penting ialah korang tak perlu buat pinjaman dengan MARA atau PTPTN untuk belajar kat sini. Percuma! Diulangi percuma! Cuma kena bayar yuran pendaftaran dan toolbox sahaja.

Nak masuk? SMS nama korang kat nombor dalam gambar. Untuk rujukan lanjut juga, boleh menjengah;

Facebook: Mara Japan Industrial Institute.
Website : http://www.mjii.edu.my/
Permohonan online : UPIM MARA

Final Exam Semakin Dekat

Assalamualaikum.
Pada minggu ini berlangsung minggu test 2 untuk pelajar Mara-Japan Industrial Institute. Walaupun semester kali ini saya tidak mengambil banyak subjek tetapi tekanan sungguh dirasai. 

Sebenarnya, markah untuk test 2 kali ini amat penting sebab ia menentukan sama ada kita bersedia atau tidak. Disamping ia memberi kesan pada pointer kita. Takkan lah nak ulang kertas lagi? Penat lah.

Antara subjek yang saya ambil semester kali ini ialah Analog, Bahasa Jepun, Electrical Technology,Workshop Electrical dan Mathermatics.

Subjek Yang Paling Susah



Subjek yang paling mencabar ialah Analog. Sebab apa? Sebab Analog perlukan banyak formula. Litar dia macam gambar tu. Lagipun, formula dia tidak disertakan sekali ketika peperiksaan. Sebenarnya litar dia senang cuma formula yang banyak itu yang buat keliru. Pening der.

Bahasa Jepun Susah Ke?

Bahasa Jepun sebenarnya senang kalau dah kuasai Hiragana dan Katakana. Dua ini ibarat kunci untuk membuka segala ilmu Bahasa Jepun. Iya lah. Kalau tak kenal huruf,macam mana nak membaca. Satu lagi,kena banyak menghafal haribulan, tarikh dan macam-macam lagi dalam Bahasa Jepun. Senang tapi perlukan usaha. 

Alah, semua benda senang kat dunia ni kalau usaha. Tak gitu?

Final Exam Semakin Dekat

Selepas Test 2, lebih kurang dalam 4 minggu. Ada Final Exam pulak. Tapi banyak kali nak kenal hafal. Saya harap final semester kali ini saya dapat buat elok-elok. Kalau tak, selamat tinggal la kolej.

Kata orang, kalau kita belajar tapi tak dapat kejayaan " Kena semak balik hubungan kita dengan Allah swt"

Semoga Allah swt tolong kita dan kita tolong ugama Allah swt!

Semoga berjaya para pelajar yang akan menduduki peperiksaan akhir semester.

Nota :  Korang bila pulak final exam? Ada tips tak nak kongsi untuk mantapkan hafalan dan hilang tekanan? Haha.